Renungan !!

Yang Berilmu, Menghormati Yang Lain:

 

"Knowing others is wisdom, knowing yourself is enlightenment" -- Lao Tzu

 

 

 

Selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk mengubahsuai sistem pendidikannya. Pengubahsuaian sistem pendidikan ini menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedang dipraktikkan di sekolah rendah dan menengah. Ia perlu berubah daripada pembelajaran secara menghafal dan latih tubi yang mungkin sesuai untuk pelajar lemah atau sederhana kepada bentuk yang merangsangkan pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi keperluan setiap pelajaran dengan mengambil kira kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran individu.

 

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sentiasa komited untuk meningkatkan mutu latihan keguruan secara berterusan. Oleh itu penyemakan semula kurikulum Latihan Guru Bestari ini merupakan satu usaha penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada untuk menghasilkan guru bestari yang dapat mengamalkan pedagogi bestari dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

Kurikulum ini diubahsuai berdasarkan keperluan agenda pendidikan negara untuk membestarikan semua sekolah di negara ini menjelang 2010. Secara keseluruhan, kandungan kurikulum latihan guru bestari ini memfokuskan kepada pedagogi bestari. Ini selaras dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk melahirkan modal insan yang mampu berdikari, berdaya fikir, dan berdaya maju menjelang tahun 2020. Pembestarian sekolah ialah salah satu strategi latihan mengintegrasikan kemahiran Abad Ke-21 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah; serta tunjuk cara perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk potensi semula jadi murid. Reka bentuk kurikulum yang telah digubal serta cara pelaksanaan yang terbentuk diharapkan dapat membantu fasilitator-fasilitator di Institut Pendidikan Guru, bagi melaksanakan kursus ini dengan lebih mantap, berkesan dan menepati keperluan sebenar di sekolah.

 

Bahagian ini juga amat menghargai kerjasama dan sokongan daripada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan personel dari Intel Education yang turut membantu menyediakan modul latihan ini. Kepada semua ahli panel yang menyumbang tenaga, kepakaran dan masa untuk penyemakan semula kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan Latihan Guru Bestari, BPG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

 

 

 

(Datin Asariah binti Mior Shaharuddin)

Pengarah

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

 

 

 

 

Peristiwa !

Sesuatu perisitwa mungkin menjadi kenangan, mungkin merupakan dasar, dan mungkin menjadi pengajaran kepada kita.

 

 

 

Ia mungkin akan berlaku jika kita sanggup melakukan perubahan - terutama pada amalan kita sendiri!

 

Sebelum kita meminta orang lain berubah - kita seharusnya berubah dahulu.

 

Webmaster
KA@IPTI : April 2008